Saving Uncle Hok from Bayan Baru Market 用行动去关怀

Semasa dalam perjalanan ke Program Ayuh Malaysia, saya bercadang tapau makan malam di foodcourt Market Bayan Baru. Dengan tidak semena-mena saya terserempak dengan seorang warga emas yang sedang tidur sambil menggigil dalam kesejukan?.

Setelah bersembang dengan Uncle Hok lebih satu jam, saya mendapat tahu bahawa Uncle Hok seorang warga emas sebatang kara yang tidak dapat bekerja setelah ditimpa kemalangan. Uncle Hok maklum bahawa selama beberapa bulan ini dia tiada tempat tinggal dan hanya bertilamkan lantai simen ?.

Memang ada pengunjung yang prihatin di foodcourt menawarkan tempat tinggal untuk Uncle Hok namun sikap dirinya yang enggan menyusahkan orang lain itu menolak sahaja niat baik masyarakat setempat. Kelopak mata Uncle Hok bergenang air mata ketika menceritakan nasibnya ?.

Memang Uncle Hok tidak harus terus hidup gelandangan seperti ini.Saya telah memujuknya agar mendiami rumah kebajikan warga emas kerana di sana ada orang yang dapat menjaganya dan katil/selimut yang selasa .

Sebagai Wakil Rakyat kawasan ini, kesejahteraan hidup penduduk ialah tanggungjawab saya. Saya menawarkan Uncle Hok tinggal di hotel dahulu sementara mengatur tempat tinggal yang lebih sesuai untuknya hari ini.